Di dalam sebuah buku yang hebat, ‘The Force of Character’ James Hillman mengongsikan cerita ini: Pada satu petang semasa dia masih kecil, dia sedang duduk untuk mendengar pakciknya yang sudah berusia untuk mendengar cerita-cerita dongeng.
Dia berasa marah apabila pakciknya mulai bercerita kisah yang telah diberitahu beberapa kali sebelum ini: “Pakcik sudah pun memberitahu cerita tersebut,” sungut Hillman. “Saya suka menceritakannya!” balas pakciknya pula dan sambil merungut pakciknya berkata, “Apa salahnya memberitahu cerita itu sekali lagi!”
Pada ketika itu, jawaban balas si pakcik hanya membuatkan Hillman berasa geram dan marah. Setelah sekian lama masa berlalu, apabila dia lebih memahami kehidupan dan keperibadian, barulah Hillman menghargai mengapa pakciknya harus menceritakan dan mengulangi semula cerita-cerita yang sama: “Dia tahu betapa indahnya perkaraperkara yang sama.” Betapa gembiranya dan betapa hebatnya anugerah dari cerita-cerita yang diulang berkali-kali itu.
Kita tidak hanya mewujudkan persahabatan dengan orang lain dan diri kita sendiri dengan hal-hal yang baru dan segar sahaja. Perkara-perkara ini adalah tidak kekal dan tidak mudah dicapai. Sekiranya kita berbual dengan orang lain hanya ketika kita mempunyai perkara baru untuk dikongsikan atau minat yang sama, sudah tentu suasana di meja makan akan sunyi. Perbualan juga akan kurang sinis dan lucu.
Kita tidak hanya memupuk persahabatan melalui sesuatu yang baru dan minat bersama, paling penting, kita mengukuhkan hidup keluarga, lingkungan persahabatan dan rakanrakan di tempat kerja, dengan bercerita dan menceritakan semula kisah-kisah yang telah lama tidak kedengaran, gurau senda dan kisahkisah lucu yang lama mempunyai nilai-nilai cerita, kelucuan dan ciri humornya yang tersendiri.
Hillman menerangkan perkara ini dengan bijak: Dia memanggil keadaan ini sebagai kegembiraan perkara-perkara yang biasa.Beliau juga membincangkan perkara ini dengan merenungkannya dari sudut falsafah, di mana beliau menekankan nilai amalan pengulangan tersebut.
Beliau mengambil petikan dari Gilles Deleuze, seorang ahli falsafah Perancis, yang pernah mengatakan bahawa pengulangan ini boleh menjadi satu cara untuk meraikan sesuatu yang menekankan kepentingan sifat cerita tersebut.
Dengan menceritakan sesuatu dan menekankan kepentingannya berkali-kali, pengulangan ini secara seninya merupakan satu pujian yang memuliakan. Pengulangan menguatkan sesuatu peristiwa dengan mengingati keaslian kisah tersebut; pengulangan ini adalah berbeza dengan ‘menghasilkan semula’.
‘Menghasilkan semula’ hanyalah menggantikan cerita asal, dan ini hanyalah membuatkan pengulangan cerita menjadi lemah, kurang ceria dan keaslian cerita yang semakin hilang.
Hillman menambah sedikit doksologi di dalam pujian yang berulang- ulang: Tidak ada yang lebih membosankan selain berlatih skala atau mengira dan mengulangi zikir. Namun di dalam kecekapan seni, keberkesanan doa, keindahan upacara dan kuasa keperibadian bergantung kepada pengulangan yang dipandang remeh, tanpa usaha bersungguh-sungguh di dalam pengulangan ini, semuanya tidak akan berguna.
Ramai di antara kita tahu apa yang dimaksudkan dengan pengulangan. Kita mempunyai saudara mara, rakan-rakan dan kenalan di mana kita dihiburkan dan berasa marah apabila kisah-kisah lama, gurau senda, kisah-kisah lucu diulang berkali-kali sehingga pengulangan kisah-kisah ini mempunyai cerita tersendiri dan menjadi satu ‘watak’ yang tersendiri.
Cerita-cerita lama ini menjengkelkan atau menyatukan kita. Lama kelamaan pengulangan ceritacerita ini menjadi kebiasaan. Adakalanya pengulangan cerita membuatkan kita marah dan ingin membantah tetapi, seperti Hillman, akhirnya kita menghargai kisah yang diulang-ulang ini kerana ia merapatkan ikatan kekeluargaan, persahabatan, komuniti di mana kita memerlukan keceriaan, jenaka, satu tabiat dan satu kelainan yang menjadi satu cerita tersendiri. Kita tidak hidup kerana wujud perkara-perkara baru sahaja, tetapi setiap kisah yang diulangi, memperlihatkan ironi dan warna-warni kehidupan seharian kita.
Keluarga saya sendiri, sememangnya terkenal dengan amalan pengulangan ini, satu kualiti yang tidak selalunya membuatkan saya bangga namun secara umumnya, saya menyukainya. Kami adalah keluarga yang selalu gembira dengan perkara-perkara yang biasa. Semasa keluarga berhimpun dan berada di meja makan, selepas bertahun-tahun, kebanyakan cerita dan gurau senda diceritakan kembali berulang kali.
Tidak semua cerita itu dihargai. Selalunya kedengaran keluhan (“Oh Tuhan, takkanlah dia hendak mengulangi cerita itu lagi!”) atau sungutan Hillman semasa dia kecil (“Awak sudah pun menceritakan kisah itu sebelum ini!”).
Namun, secara keseluruhannya, cerita-cerita, ejekan, jenaka lama, pengetahuan lama didengar sekali lagi dengan penuh gembira, di dalam cara yang baru oleh mereka yang menceritakannya semula dan mereka yang mendengarnya sekali lagi. Semasa di meja makan, apa yang membosankan dan mengukuhkan hubungan keluarga, bukan sahaja perkara-perkara yang baru dan minat bersama, tetapi, adakalanya kerana menceritakan semua kisah-jenaka dan kisah lama yang mengingatkan semula sejarah dan sikap kita suatu ketika dahului.
Kami telah kehilangan seorang abang yang amat dikasihi pada musim panas lalu, semasa majlis pengkebumiannya, tiga orang anaknya yang kini telah dewasa telah memberikan ucapan penghormatan.
Banyak perkara yang telah diucapkan dan mereka menekankan sikap bapa mereka yang sangat prihatin dan komited terhadap Gereja, komitmen bersungguh-sungguhnya dalam isu-isu (ekologi, hak-hak orang peribumi, hak-hak wanita) dan sifat kelakar si bapa terutama apabila dia mengulangi bahagian cerita yang penting, berulang kali seperti orang lain tidak pernah mendengarnya sebelum itu: “Anda tidak akan terlepas” kata anak-anaknya, “Dia akan mengulangi cerita itu berkali-kali sehingga dia pasti anda memahaminya!”
Namun, ini bukanlah sebab utama kita mengulangi cerita-cerita yang penting. Kita mengulanginya atas sebab yang sama yang menyebabkan pakcik kepada Hillman begitu bersemangat mengulangi cerita-cerita itu: Kita suka menceritakannya semula! Kita menikmati keindahan ceritacerita yang sama. Meskipun orang lain tidak suka mendengarnya, namun ia tetap dihargai. — Paderi Ron Rolheiser
Dikutip Dari Malaysia Herald Online
1 comment:
Mama kami selalu menceritakan kisah-kisah dongeng lama ketika kami sedang mengetam padi di sawah..Walaupun berada dalam tengah kepanasan tapi bila mengenangkan kembali cerita itu, dia membuatkan kita terkenang akan suasana pada zaman yang dahulu penuh dengan memori...
Post a Comment